Malay F3 Peribahasa
Peribahasa Soalan:
1) Muslim tidak terpilih dalam pasukan ragbi sekolahnya. Namun begitu, setelah salah seorang pemain yang terpilih menarik diri pada saat akhir, Muslim diambil untuk mewakili pasukan ragbi sekolahnya. Keadaan ini diibaratkan...
Ans: tiada rotan akar pun berguna
2) Peribahasa "tak dapat tanduk, telinga dipulas” mempunyai maksud hampir sama dengan ...
Ans: pukul anak sindir menantu
3) Seorang murid menhadapi masalah disiplin. Guru kaunseling telah banyak kali menasihatinya supaya mengubah sikap buruknya itu. Namun beigitu, nasihat guru itu tidak diendahkannya.
Keadaan ini diibaratkan seperti peribahasa yang berikut, kecuali:
A seperti hujan jatuh ke pasir
B seperti mencurah air di daum keladi
C bumi mana yang tidak ditimpa hujan
D masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri
Ans: C
4) Semasa berbincang, mereka berhati-hati dalam memberikan pendapat. Mereka tidak mahu ada pihak yang berkecil hati.
Situasi ini sesuai dengan peribahasa.....
Ans: menarik rambut di dalam tepung
(rambut tidak putus, tepung tidak berselerak)
Extra:
menangguk di air keruh - mencari keuntungan daripada orang susah / mendapat kesenangan daripada orang susah
membuang garam ke laut - kerja yang sia-sia
bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing - mementingkan diri sendiri
laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak - perempuan yang cantik tetapi perangai yang tidak baik
5) A: Sayalah yang membantu B semasa dia menghadapi masalah kewangan, tetapi selaps itu saya difitnahnya pula.
C: Bersabarlah. Semoga dia sedar siapa yang membantunya sebelum ini.
Peribahasa yang sesuai untuk situasi atas...
Ans: bagai melepaskan anjing tersepit sudah lepas ia menggigit
6) Farah telah diumumkan sebagai pelajar cemerlang PMR di sekolahnya setelah sekian lama berusaha tanpa mengenal erti jemu walaupun berhadapan dengan pelbagai masalah.
Peribahasa berikut sesuai menggambarkan , kecuali.....
A di mana ada kemahuan di situ ada jalan
B belakang parang kalau diasah lagikan tajam
C hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
D jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu
Ans: B
7) Nicol Ann David telah menceritakan bahawa kunci utama kecermelangannya ialah berkat usaha dan kerja kersa yang berterusan sejak dahulu.
Peribahasa sesuai :
Ans: genggam bara api biar sampai jadi arang
8) Enggang lalu ranitng patah - Orang yang menerima tuduhan melakukan sesuatu keburukan kerana kebetulan berada di tempat kejadian.
Comments
Post a Comment